NEW YORK, 8 SEPT – Aryna Sabalenka telah mendedikasikan kemenangan gelaran Terbuka AS kepada keluarganya yang menurutnya ‘tidak pernah berputus asa terhadap impiannya’, selepas meraih gelaran Grand Slam ketiga dalam tahun yang penuh cabaran.
Sabalenka, pemain nombor dua dunia, menjuarai Terbuka AS dengan kemenangan 7-5, 7-5 ke atas Jessica Pegula, menambah gelaran sulung di New York kepada koleksi trofi Terbuka Australia. Kemenangan itu merupakan Grand Slam pertamanya sejak kematian tragis bekas teman lelakinya, Konstantin Koltsov, pemain NHL yang meninggal dunia kerana bunuh diri pada bulan Mac.
Pemain berusia 26 tahun dari Belarus itu telah kehilangan bapanya, Sergiy, akibat meningitis lima tahun lalu, yang memberi kankesan mendalam terhadap motivasinya dalam tenis. – AFP