Friday, November 15, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabalenka juara Terbuka Cincinnati

    CINCINNATI, 20 OGOS – Aryna Sabalenka mengukuhkan dirinya sebagai pesaing utama untuk perebutan gelaran Terbuka AS kelmarin dengan kemenangan 6-3, 7-5 ke atas Jessica Pegula untuk memenangi Terbuka WTA Cincinnati.

    Pemain pilihan ketiga yang terlepas Wimbledon kerana kecederaan bahu itu memenangi trofi buat kali pertama sejak meraih gelaran Grand Slam keduanya di Terbuka Australia pada Januari.

    Sabalenka menguasai permainan sepenuhnya menentang pilihan keenam dari AS itu sehingga ke peringkat penutup apabila dia kehilangan servis untuk pertama kalinya ketika memimpin satu set dan 5-4.

    Namun, Sabalenka berjaya melakukan break semula dengan cepat dan satu lagi servis untuk menyelesaikan masalah itu serta meraih trofi Masters-level pertama di gelanggang keras sejak 2021 untuk pemain Belarus itu.

    “Saya benar-benar tidak boleh mengharapkan lebih, ia merupakan hari yang sangat hebat,” kata Sabalenka selepas perlawanan.

    Aryna Sabalenka bergambar bersama trofi yang dimenanginya di Terbuka Cincinnati di Mason, Ohio pada 19 Ogos. – AFP

    “Saya sangat gembira dengan tahap permainan saya dalam perlawanan akhir dan saya berjaya meraih gelaran ini. Ia sangat penting menjelang Terbuka AS.”

    Sabalenka yang tewas dalam perlawanan akhir Terbuka AS tahun lalu kini telah menewaskan Pegula, juara minggu lalu di Toronto, dalam lima daripada tujuh pertemuan mereka.

    Pemenang akan melonjak ke tangga kedua dunia dalam kedudukan WTA dan muncul sebagai pencabar utama apabila Terbuka AS bermula di New York Isnin depan.

    “Saya pasti Jess (Pegula) dan saya akan menghadapi lebih banyak pertempuran pada masa hadapan,” kata Sabalenka. “Mari kita teruskan.”

    Kemenangan itu menandakan kejuaraan WTA 1000 keenam Sabalenka dan yang ke-15 dalam kerjayanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda