Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabalenka kini ranking teratas dunia

    BEIJING, 29 SEPT – Pemain nombor satu dunia yang baharu dinobatkan, Aryna Sabalenka berkata hari ini dia ‘amat bermotivasi’ untuk menamatkan tahun ini di tempat teratas ketika dia bersedia untuk bersaing di Terbuka China di Beijing.

    Pemain Belarus itu tewas di Final Terbuka Amerika Syarikat (AS) kepada pemain tempatan, Coco Gauff bulan ini tetapi berasa lega apabila berjaya naik ke puncak ranking buat kali pertama.

    Tetapi pemain berusia 25 tahun itu tidak berpuas hati dengan pencapaian tersebut.

    “Ia juga tentang menamatkan tahun sebagai pemain nombor satu dunia dan kekal di sana selagi (saya) boleh,” kata Sabalenka ketika menjawab soalan daripada AFP.

    “Sungguh bagus saya dapat mencapai matlamat ini, tetapi terdapat matlamat lain dan jadi saya sangat bermotivasi sekarang,” katanya.

    “Harapan saya di Beijing adalah untuk mempamerkan tenis terbaik saya dan melakukan segala yang saya boleh di atas gelanggang.”

    Kejohanan Terbuka China diadakan buat kali pertama sejak 2019 selepas Beijing menghentikan dasar ketat sifar-Covid.

    Jelajah tenis wanita itu juga telah kembali ke China selepas badan pentadbir global menghentikan pemulauan ke atas negara tersebut. – AFP

    Aryna Sabalenka bergambar bersama trofi naib juara yang dimenanginya selepas perlawanan akhir perseorangan wanita kejohanan tenis Terbuka AS di New York pada 9 September. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda