Saturday, November 16, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabalenka mara ke suku akhir

    MADRID, 2 MEI – Pemain nombor dua dunia, Aryna Sabalenka menewaskan Mirra Andreeva yang berusia 16 tahun kelmarin 6-3, 6-1 untuk mara ke suku akhir Terbuka Madrid.

    Pemain muda Rusia, An-dreeva, pemain wildcard, menjadi pemain ketiga berusia 15 tahun yang memenangi perlawanan utama WTA 1000 apabila dia menewaskan finalis Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2021, Leylah Fernandez minggu lalu.

    Dia kemudian menewaskan dua pemain ranking 20 teratas iaitu Beatriz Haddad Maia dan, pada ulang tahunnya yang ke-16, dan Magda Linette, tetapi cabaran untuk mengatasi pemenang Madrid 2021, Sabalenka ternyata terlalu sukar buat pemain remaja itu.

    “Sudah tentu saya gembira dengan kemenangan itu, saya harap saya dapat bermain di Madrid ketika saya berusia 16 tahun,” kata Sabalenka.

    “Saya rasa beberapa perlawanan pertama saya cuba menyesuaikan rentak dan permainannya, dan kemudian saya terus mencuba bermain permainan saya, menjadi agresif dan berjuang untuk setiap mata.” Sabalenka mematahkan servis Andreeva pada perlawanan pertama tetapi pemain nombor 194 dunia itu segera bertindak balas dan menyamakan kedudukan.

    Pemain Belarus itu mendapatkan break point kedua dalam permainan kelima untuk mendahului 3-2 dan sekali lagi berjaya mematahkan servis lawannya untuk memenangi set pertama 6-3.

    Sabalenka, pilihan kedua di Madrid, memenangi 67 peratus daripada jumlah mata dalam set kedua yang cukup meyakinkan untuk mara ke peringkat lapan terakhir.

    Juara Terbuka Australia itu akan menentang pemain Mesir, Mayar Sherif pada pusingan seterusnya selepas dia menewaskan Elise Mertens 6-4, 0-6, 6-4 kelmarin. – AFP

    Aksi Aryna Sabalenka di Arena Porsche, Stuttgart, Jerman, 23 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda