Sunday, December 22, 2024
21.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabalenka mara suku akhir Terbuka China

    BEIJING, 2 OKT – Pemain pilihan utama, Aryna Sabalenka, meneruskan prestasi cemerlangnya dengan mencatat kemenangan ke-15 berturut-turut selepas menewaskan Madison Keys 6-4, 6-3, untuk mara ke peringkat suku akhir Terbuka China, tengah hari tadi.

    Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) itu akan berdepan pilihan antara Karolina Muchova dari Republik Czech atau Cristina Bucsa dari Sepanyol dalam saingan suku akhir di Beijing.
    Sabalenka, yang kini menduduki ranking kedua dunia, telah mencatat lebih banyak kemenangan berbanding mana-mana pemain lain musim ini.

    Kemenangan ke atas pemain AS yang berada di ranking ke-24 dunia itu mengambil masa 65 minit.

    Dalam cuaca cerah di Beijing, kedua-dua pemain saling bertukar break dalam set pertama sehingga kedudukan 3-3, namun Sabalenka mula mempamerkan keunggulannya untuk menamatkan set pertama dengan kemenangan.

    Set kedua berlangsung dengan corak permainan yang hampir serupa, dengan Keys melakukan kesilapan double fault pada mata perlawanan pertama, sekali gus menghadiahkan kemenangan kepada Sabalenka.

    Sabalenka kini berpotensi bertemu juara Olimpik China, Zheng Qinwen, di separuh akhir, jika Zheng berjaya menewaskan pemain ranking ke-43 dunia, Amanda Anisimova, dalam pusingan 16 terakhir.

    Pemain berusia 25 tahun itu berpeluang untuk merampas takhta nombor satu dunia daripada Iga Swiatek sekiranya dia berjaya menjuarai kejohanan ini. Swiatek tidak menyertai China Open kali ini kerana alasan peribadi. – AFP

    Sabalenka ketika beraksi pada kejohanan tenis Terbuka China, di Pusat Tenis Kebangsaan di Beijing, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda