Friday, February 14, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabalenka nyaris tewas akibat kesilapan awal

    MELBOURNE, 12 JAN – Aryna Sabalenka telah menyumbang ‘kekuatan mental’ baharu hari ini dalam membantunya bertahan dalam cabaran set pertama Terbuka Australia.

    Juara bertahan dua kali itu menewaskan Sloane Stephens 6-3, 6-2 pada pusingan pertama untuk memulakan kempennya bagi meraih kemenangan ketiga di Melbourne Park.

    Bagaimanapun, pemain Belarus itu mene-rima saingan sengit ketika menentang juara
    Terbuka Amerika Syarikat 2017 di Rod Laver Arena.

    Dia mendahului 4-0 sebelum beberapa siri kesilapan yang membenarkan pemain Amerika berusia 31 tahun itu bangkit dua kali untuk mencatat keputusan 4-3.

    “Saya laku kesilapan dan memberinya peluang untuk bangkit semula dalam perlawanan itu,” kata Sabalenka.

    Kesilapan itu telah membakar semangat Sabalenka, yang kemudiannya menyaksinya menukar raket dan bermain lebih agresif.

    “Saya gembira kerana dalam perlawanan pada 4-3, saya melangkah masuk dan mara ke arah jaring. Saya fikir ia merupakan kunci untuk kembali dalam perlawanan ini.

    Dia berjaya memperoleh beberapa mata penamat sebelum merampas servis kelima untuk 5-3 dan melakukan servis seterusnya untuk memenangi set perlawanan dalam masa 38 minit.

    “Jika saya membandingkan diri saya seperti tiga tahun lalu, pada masa itu saya akan kecewa dan mungkin akan kehilangan set pertama. Saya tidak pasti sama ada saya mampu memenangi perlawanan itu,” tambahnya. – AFP

    Sabalenka mengembalikan bola kepada Stephens semasa perlawanan pusingan pertama di Melbourne, Australia pada 12 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda