Monday, January 20, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabalenka pamer semangat juang

    MELBOURNE, 19 JAN – Pemain nombor satu dunia, Aryna Sabalenka, hari ini berkata semangat juangnya membantunya bangkit daripada minggu pertama di Terbuka Australia untuk mara ke suku akhir.

    Sabalenka berada di landasan yang betul untuk merangkul kejuaraan Melbourne Park buat kali ketiga berturut-turut selepas dia menumpaskan pemain remaja, Mirra Andreeva 6-1, 6-2.

    Sabalenka melakukan servisnya sebanyak lapan kali dalam dua kemenangan sebelum ini tetapi kembali ke prestasi terbaiknya menentang pemain Rusia berusia 17 tahun itu pada hari paling panas kejohanan setakat ini, hanya melepaskan tiga mata penamat.

    “Perlawanan itu memberi saya banyak keyakinan, tidak kira apa pun, saya akan berada di gelanggang, saya akan berjuang,” kata pemain Belarus itu kepada pemberita.

    “Apabila saya berdepan masalah dalam permainan dan cuba untuk mengatasinya kemudian memenangi perlawanan, ia memberikan saya keyakinan yang tinggi untuk menghadapi perlawanan seterusnya.

    “Bagi saya ia adalah penting untuk kekal pada masa ini dan fokus pada diri saya sendiri di samping mempamerkan permainan terbaik.

    “Saya tahu, jika saya dapat mempamerkan permainan terbaik, saya boleh memperoleh kemenangan,” tambah Sabalenka.

    Kemenangan pantasnya, yang ke-18 berturut-turut di Melbourne Park, bermakna dia hanya menghabiskan 62 minit di Rod Laver Arena apabila suhu mencecah 32 darjah Celsius semasa perlawanannya. – AFP

    Aksi Sabalenka mengembalikan bola kepada Andreeva semasa perlawanan pusingan keempat di Melbourne, Australia pada 19 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda