Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabalenka tamat kejuaraan Swiatek

    PARIS, 6 JUN – Aryna Sabalenka tamatkan kejuaraan yang dipertahankan oleh Iga Swiatek di Terbuka Perancis dengan persembahan teruk pada set ketiga kelmarin untuk meneruskan perlawanan akhir Roland Garros menentang Coco Gauff selepas pemain Amerika Syarikat itu menumbangkan wirawati Perancis, Lois Boisson.

    Pemain Belarus itu menamatkan rentak kemenangan Swiatek di Terbuka Perancis pada 26 perlawanan dengan kejayaan 7-6 (7/1), 4-6, 6-0 untuk mara ke final pertamanya dalam Grand Slam di gelanggang tanah liat.

    “Iga adalah lawan paling sukar, terutamanya di gelanggang tanah liat dan di Roland Garros,” kata Sabalenka selepas menjadi pemain pertama menewaskan Swiatek dalam set penentuan di Terbuka Perancis.

    “Saya berbangga kerana saya dapat meraih kemenangan ini,” tambahnya.

    Sabalenka mengharungi set pertama yang tidak konsisten menampilkan satu pematah seri dan lapan pematah servis, sebelum Swiatek bangkit untuk menyamakan kedudukan.

    Perlawanan akhir ternyata menjadi kemuncak, kerana Swiatek melakukan 12 kesilapan pada set ketiga.

    “Saya gembira kerana saya menemui servis saya. Ia lebih mudah dengan servis itu,” tambah Sabalenka yang berusia 27 tahun itu. “Apa yang boleh saya katakan, 6-0 – ia tidak mungkin lebih sempurna daripada itu!”

    Sabalenka menyasarkan gelaran Grand Slam keempat dan pertama bukan di gelanggang keras, selepas memenangi Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu dan Terbuka Australia berturut-turut pada 2023 dan 2024. – AFP

    Sabalenka mengembalikan bola kepada Swiatek semasa perlawanan kejohanan tenis Terbuka Perancis di Kompleks Roland-Garros di Paris pada 5 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda