Friday, July 18, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabalenka tarik diri WTA Kanada

    MONTREAL, 17 JULAI – Pemain nombor satu dunia, Aryna Sabalenka mengumumkan akan menarik diri daripada kejohanan WTA Terbuka Kanada, memilih untuk berehat lebih lama sebelum memulakan persiapan bagi mempertahankan gelarannya di Terbuka Amerika Syarikat (AS).

    “Saya tidak sabar untuk memulakan musim gelanggang keras di Amerika Utara, tetapi demi memberi peluang terbaik kepada diri saya untuk berjaya musim ini, saya memutuskan adalah lebih baik untuk tidak menyertai kejohanan di Montreal,” kata

    Sabalenka dalam kenyataan yang disediakan oleh pihak penganjur kelmarin.

    Sabalenka baru sahaja menamatkan kempen di Wimbledon dengan mara ke separuh akhir, sebelum tewas kepada Amanda Anisimova.

    Kejohanan National Bank Open dijadual bermula pada 27 Julai.

    Sabalenka dijangka kembali beraksi di Terbuka Cincinnati pada awal Ogos, manakala pusingan pertama Terbuka AS akan bermula pada 24 Ogos.

    Sabalenka memenangi gelaran Grand Slam tersebut buat pertama kali pada tahun 2024.

    Penganjur turut mengesahkan bahawa pemain di ranking ke-10 dunia, Paula Badosa turut menarik diri akibat kecederaan.

    Tempat Sabalenka dan Badosa dalam undian utama kejohanan akan digantikan oleh Caty McNally dan Moyuka Uchijima. – AP

    Reaksi Aryna Sabalenka semasa Kejohanan Tenis Wimbledon di London, pada 10 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda