Thursday, April 3, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabitzer sertai kelab seteru rapat

    DORTMUND, 25 JULAI – Borussia Dortmund telah menandatangani pemain tengah Austria, Marcel Sabitzer dari seteru mereka di Bundesliga, Bayern Munich kelmarin, memberikan lebih banyak pilihan kepada pasukan itu susulan pemergian Jude Bellingham ke Real Madrid.

    Sabitzer, 29, telah menandatangani kontrak sehingga Jun 2027 dan akan membuat perjalanan ke Amerika Syarikat hari ini untuk menyertai rakan sepasukan baharunya bagi jelajah musim panas.

    “Dia sesuai dengan profil yang kami cari – seorang pemain tengah yang akan memberikan kami kekuatan dari segi bertahan dan menyerang,” kata pengarah sukan Dortmund, Sebastian Kehl.

    “Marcel mempunyai fizikal yang kuat dan juga boleh memberikan ancaman gol. Kami yakin bahawa dia akan menjadi seorang pemain tonggak penting dalam pasukan kami kerana personalitinya dan akan membantu kamu untuk menjadi lebih efektif, terutama dalam perlawanan sukar.”

    Dortmund dilaporkan membayar kira-kira 15 hingga 20 juta euro kepada Bayern untuk khidmat pemain tengah itu.- AP

    Dortmund dilaporkan membayar kira-kira 15 hingga 20 juta euro kepada Bayern untuk Marcel Sabitzer.- AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda