BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Sabre Corporation, baru-baru ini, telah mengadakan Majlis Malam Penghargaan Sabre Brunei ke-4 bagi menghargai ejen-ejen pelancongan terkemuka Brunei. Menurut kenyataan yang diberikan, majlis gala yang berlangsung di Terindak D’Seni di ibu negara itu dianjurkan bagi mengetengahkan komitmen berterusan pelanggan Sabre dan untuk menyatakan terima kasih kepada rakan-rakan industri pelancongan