Tuesday, December 24, 2024
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabri Yunus saran komedi perlu batasan

    Pelakon dan pengarah Sabri Yunus menyifatkan setiap komedi yang disampaikan perlu mempunyai batasan agar tidak melangkaui batasan sensitiviti masyarakat.

    Sabri atau Mohd Sabri Yunus, 62, berkata, menerusi pemerhatiannya, pelawak di negara ini masih berpegang pada batasan itu agar tidak menggores perasaan penonton.

    “Saya rasa komedi memang perlu ada batasan termasuk kalau perkara-perkara sensitif seperti agama atau politik.

    “Apa yang saya lihat dalam konteks hari ini, ramai pelawak (tempatan) masih lagi membuat lawak secara umum. Perkara itu harus kita jaga.

    “Kalau kita guna lawak body shaming untuk teguran, pada saya itu bukan teguran tapi hinaan,” katanya kepada mStar.

    Dalam pada itu, pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu berkata, menjadi kebiasaan dalam membuat lawak akan ada ‘mangsa’ dan ‘pemangsa’ namun ia perlu dilakukan dengan sempurna tanpa menjurus kepada penghinaan.

    Sabri bagaimanapun berpendapat masyarakat sekarang lebih terbuka menerima komedi kerana sudah terdedah dengan pelbagai hiburan berunsurkan jenaka.

    Bagi Sabri, komedi juga merupakan satu medium untuk memberi teguran kepada masyarakat asalkan ia tidak melampaui batasan melawak. – Agensi

    Sabri mengakui penonton kini lebih bersikap terbuka. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda