Tuesday, May 6, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabri Yunus tamat zaman duda, kini suami Angeline Tan

    Pengarah lakonan Malaysia, Sabri Yunus selamat bergelar suami kepada pelakon Angeline Tan dengan sekali lafaz pada pagi kelmarin.

    Pasangan itu dinikahkan kira-kira pukul 10:30 pagi di kediaman mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

    Memetik dari mStar, berita pernikahan Sabri, 62, dan Angeline turut dikongsi pelawak dan penyampai radio Issey menerusi Instagram miliknya.

    “Selamat pengantin baru Abang Sabri Yunus dan Kak Ardini@Angeline Tan. Alhamdulillah, kami sangat gembira.

    “Semoga cinta Wan Ismail Golok dan Lucy kekal sampai ke syurga. Pi Mai Pi Mai Tang Tu,” tulisnya di Instagram.

    Menurut Sabri, dia sudah lama mengenali Angeline sejak mereka sama-sama terlibat dalam sitkom popular era 90-an Pi Mai Pi Mai Tang Tu sekitar tahun 1992.

    Hubungan mereka kembali rapat dan merancang mendirikan rumah tangga sejak tiga tahun lalu namun Sabri memberitahu dia menunggu isterinya itu bersedia memeluk Islam.

    Angeline, 56, memeluk Islam pada awal Oktober lalu dengan menggunakan nama Ardini.

    Untuk rekod Sabri Yunus pernah mendirikan rumah tangga dengan Norraya Mohd Yusof dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya matanya.

    Isterinya itu meninggal dunia akibat sakit kanser pada Ogos 2007. – Agensi

    Sabri dan Angeline sudah tiga tahun merancang untuk berkahwin. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda