Friday, May 9, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabronzo janji tak tinggalkan Dolla kalau kahwin

    Penyanyi Sabronzo berjanji untuk tidak mengetepikan apatah lagi keluar daripada kumpulan Dolla sekiranya dia mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya.

    Janji Sabronzo atau Wan Sabrina Wan Rusli, 30, selagi mempunyai minat dalam muzik selain mendapat sokongan peminat, dia akan terus bersama Dolla.

    “Tidak mungkin akan keluar Dolla sekiranya ke fasa seterusnya kahwin. Kami semua sudah bekerja keras (untuk menaikkan Dolla). Ia bukan hanya kerja, namun minat.

    “Selagi ada sokongan peminat dan kami masih berminat untuk membuat muzik, kami akan teruskan,” katanya kepada mStar.

    Dalam masa sama, Sabronzo juga tidak menafikan malah mengiyakan yang dia ketika ini sedang menjalinkan hubungan bersama seorang DJ antarabangsa.

    “Secara peribadi, saya memang lebih selesa untuk bersikap tertutup dalam hal-hal seperti ini. Bukan bermaksud saya mahu menyembunyikan sesuatu, tetapi itu adalah sesuatu yang saya mahu lindungi,” ujarnya. – Agensi

    Sabronzo berjanji akan terus bersama Dolla jika sudah berumahtangga nanti. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda