Sacramento kings menang bergaya

SAN FRANCISCO, 16 DIS – Pasukan Sacramento Kings melakar sejarah baharu kelmarin dalam persaingan mereka menentang Golden State Warriors.

Bogdan Bogdanovich menjaringkan 25 mata dan Buddy Hield menambah 19 mata ketika Kings menuju kemenangan menewaskan Warriors dengan jaringan 100-79.

Pasukan Sacramento mencatat kemenangan keempat dalam lima perlawanan dan mengetepikan kekecewaan tewas di laman sendiri pada Jumaat lalu kepada New York Knicks.

Pasukan Kings mengambil satu langkah dalam membalikkan jalan cerita menentang musuh mereka Northern California, mengalahkan Warriors untuk kali keempat dalam 25 perlawanan terakhir di antara pasukan yang bertemu dalam musim 2013-2014.

“Saya fikir pemain kami melakukan hantaran yang betul, hantaran tambahan,” kata jurulatih Sacramento, Luke Walton. “Ia menunjukkan jaringan (yang kami boleh lakukan) apabila kami bermain seperti itu.”

Pemain Warriors Kevon Looney (5) melakukan jaringan menentang Harrison Barnes (40) semasa separuh masa kedua perlawanan bola keranjang NBA di San Francisco. – AP

Sacramento meningkat kepada 12-14, mengikat Warriors dengan 39 peratus percubaan jaringan. Sementara itu, Warriors kehilangan lapan daripada sembilan jaringan untuk jatuh ke 5-23.

Pasukan King menguasai permainan dengan mempamerkan pergerakan bola yang menarik dan melakukan 60 peratus jaringan terbaik musim daripada tengah gelanggang. Dengan hanya membenarkan memungut 79 mata memberikan musim rendah buat lawannya.

Marvin Bagley III yang merupakan pemain harapan untuk tahun kedua, yang telah memungut 17 mata kelmarin, baru-baru ini kembali daripada kecederaan patah ibu jari. Sacramento juga menjangkakan untuk memperoleh mata pembukaan daripada De’ Aaron Fox yang baharu kembali daripada kecederaan buku lali minggu depan. Fox telah terlepas lima minggu akibat kecederaan.

Bagi jangka pendek masa depan Warriors tidak dapat dijanjikan kerana pasukan itu dibelangu dengan kece-deraan yang telah mara ke perlawanan akhir NBA lima kali berturut-turut.

Warriors memperoleh enam daripada 25 jaringan daripada jarak 3-pointer kelmarin dan mencatat mata terendah dalam perlawanan bagi musim ini. Sementara itu, Sacremento membuat percubaan sebanyak 29 kali, tetapi Warriors tidak dapat menewaskan Kings. – AP