JOHANNNESBURG, 12 NOV – Pemain bintang Liverpool, Sadio Mane mengalami kecederaan yang dan terpaksa dikeluarkan pada minit ke-27 menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Togo berakhir 1-1 kelmarin. Pemain penyerang berusia 29 tahun itu terjatuh selepas berlanggar dengan pemain pertahanan ketika dia cuba menanduk bola dan terpaksa diganti selepas disyaki mengalami kecederaan rusuk atau pinggul.