Wednesday, September 25, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sagu, pohon kehidupan pacu lestari pertanian

    KUCHING, 24 SEPT – Sagu, yang digelar sebagai pohon kehidupan, tumbuh subur di kawasan paya gambut dengan ciri-ciri ekosistem tanah lembap.

    Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata ciri-ciri itu bukan sahaja menggariskan kepentingan pengurusan paya gambut secara mampan tetapi juga menggalakkan amalan pertanian bersama dengan tanaman lain seperti kelapa sawit.

    “Kepentingan sagu melangkaui impak persekitarannya yang berfungsi sebagai sumber makanan utama bagi kebanyakan komuniti.

    “Sebarang penyelidikan bagi meningkatkan hasil tuaian sagu akan memberi manfaat kepada industri mahupun manusia sekali gus menyumbang kepada kelestarian makanan,” katanya selepas Majlis Suai Kenal Simposium Sagu Antarabangsa ke-15 semalam.

    Beliau berkata majlis makan malam itu turut menyediakan suasana yang sesuai untuk para penyelidik, penggubal dasar dan penggiat menjalinkan hubungan yang boleh mendorong ke arah perbincangan serta penemuan dalam usaha meneroka potensi sebenar sagu.

    Pengerusi penganjur, Datuk Dr Lulie Melling pula berkata sejumlah 250 peserta dari dalam dan luar negara mengambil bahagian dalam simposium itu, yang bermula hari ini dan berakhir esok.– Bernama

    Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn (tengah) melawat reruai pameran teknikal pada perasmian Advanced Sustainable Technology International Conference (ASTECH) pada 6 Ogos. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda