SAN FRANCSICO, 30 Jan – Saham Apple terjejas dari lonjakan tingginya baru-baru ini di tengah-tengah meningkatnya kebimbangan bahawa jualan iPhone X akan jatuh dari harapan tinggi bagi peranti tersebut yang membawa teknologi pengecaman wajah dan tag harga AS$1,000 terhadap produk utama syarikat terbabit.
Spekulasi mengenai kekecewaan permintaan bagi iPhone X muncul seminggu lalu, menyumbang kepada penurunan enam peratus dalam saham Apple sejak ia berada di kedudukan tertinggi AS$180.10 pada 18 Jan. Saham menurun kepada AS$168.40 dalam perdagangan lewat petang semalam, yang diterjemahkan dalam kerugian hampir AS$60 bilion dalam nilai pasaran syarikat sejak saham tersebut kali terakhir melonjak.
Bukti kukuh bagaimana iPhone X membawa kerugian bakal muncul pada Khamis ini apabila Apple dijadualkan mengeluarkan perolehan suku pertama fiskalnya. Tempoh dari Oktober sehingga Disember, meliputi pengeluaran awal November terhadap iPhone X dan musim percutian membeli-belah yang secara tipikal membawa jualan terbesar iPhone, Apple tahun ini.
Apple tidak memberikan sebarang jawapan terhadap permintaan untuk mendapatkan ulasan semalam.
Buat masa sekarang, kebanyakan pelabur dilihat memberikan tumpuan ke atas ulasan analisis dan laporan media bahawa Apple secara dramatik mengurangkan tempahan iPhone X dengan pembekalnya.

Penganalisis J.P. Morgan, Narci Chang minggu lalu berkata bahawa penghasilan telefon utama Apple akan dikurangkan setengah dalam tiga bulan pertama tahun ini dalam tindak balas terhadap permintaan yang lemah. Tetapi penganalisis RBC Capital Markets, Amit Dayanani percaya laporan jualan iPhone, Apple ketika suku sebelumnya adalah lebih tinggi berbanding yang dijangka dan tumpuan bagi suku sekarang tidak akan berkurangan seperti yang dirisaukan kebanyakan orang ramai.
iPhone X amat berbeza dengan produk lain yang pernah dihasilkan dalam sejarah syarikat itu selama 10 tahun. Ia memperkenalkan ciri-ciri skrin OLED yang dibuka dari satu peranti kepada peranti lain dan imej paparan dalam warna yang lebih menarik. Ia juga bergantung ke atas teknologi yang mengecam wajah pengguna untuk membuka peranti dan emoji animasi.
Pelabur menaruh harapan iPhone X menjadi terkenal, di sebalik harga permulaanya yang luar biasa tingginya iaitu AS$1,000 . – AP