Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saham Asia bercampur-campur

    TOKYO, 10 MEI – Saham di Asia bercampur-campur pada hari ini selepas rali di Wall Street yang menarik semula S&P 500 dalam 1 peratus daripada rekodnya.

    Penanda aras jatuh di Tokyo, Sydney dan Seoul tetapi meningkat di China, di mana pelabur tertumpu pada pelepasan angka inflasi April.

    Di Jepun, Kementerian Kewangan melaporkan rekod lebihan akaun semasa bagi tahun fiskal hingga Mac, apabila eksport kereta yang kukuh mengurangkan defisit perdagangannya dan negara memperoleh pulangan kukuh bagi pelaburan luar negara. Walau bagaimanapun, perbelanjaan pengguna yang lemah menjejaskan data positif itu.

    Penanda aras Jepun Nikkei 225 jatuh 0.3 peratus kepada 38,073.98, melepaskan keuntungan awal.

    S&P/ASX 200 Australia kehilangan 1.1 peratus kepada 7,720.00. Kospi Korea Selatan susut 1.1 peratus kepada 2,715.95.

    Hang Seng Hong Kong melonjak 1 peratus kepada 18,504.56, manakala Shanghai Composite melonjak 0.7 peratus kepada 3,150.51.

    Data harga yang dijangkakan pada hari Sabtu sedang diperhatikan untuk melihat sama ada ekonomi mungkin mendapat semula momentum.

    “Walaupun ada usaha, China telah bergelut dengan deflasi pengguna selama kira-kira setahun, memberikan cabaran hebat yang masih belum dapat diatasi oleh Beijing,” kata Stephen Innes, rakan kongsi pengurusan di SPI Asset Management.

    Pada kelmarin, S&P 500 meningkat 0.5 peratus kepada 5,214.08. Dow Jones Industrial Average menokok 0.8 peratus kepada 39,387.76, dan komposit Nasdaq menambah 0.3 peratus, kepada 16,346.26. – AP

    Seorang peniaga mata wang bekerja berhampiran skrin yang menunjukkan KOSPI di bilik urusan pertukaran asing ibu pejabat KEB Hana Bank di Seoul, Korea Selatan, pada hari ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda