Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saham Asia kebanyakannya lebih rendah selepas pasaran AS ditutup

    HONG KONG, 20 JUN – Saham Asia kebanyakannya jatuh pada hari ini dalam dagangan tipis selepas pasaran Amerika Syarikat (AS) ditutup kelmarin, sempena Juneteenth.

    Niaga hadapan dan harga minyak AS bercampur-campur.

    Indeks Nikkei 225 Tokyo mengenepi 0.1 peratus lebih tinggi kepada 38,324.10.

    Hang Seng di Hong Kong susut 0.5 peratus kepada 18,336.76. Indeks teknologi Hang Seng berundur 1.4 peratus, selepas melonjak 3.7 peratus kelmarin, menjejaki kemajuan Nvidia. Indeks Komposit Shanghai turun 0.3 peratus kepada 3,009.72.

    Yuan China didagangkan pada paras terendahnya tahun ini, dengan kadar pariti pusat ditetapkan pada 7.1192 yuan kepada dolar AS, menurut Sistem Perdagangan Pertukaran Asing China.

    Kadar pariti pusat adalah berdasarkan purata wajaran harga yang ditawarkan oleh pembuat pasaran sebelum pasaran antara bank dibuka setiap hari perniagaan.

    Bank pusat China mengekalkan kadar penanda aras pinjaman setahunnya tidak berubah pada 3.45 peratus dan kadar utama pinjaman lima tahun pada 3.95 peratus pada hari ini.

    Kadar utama pinjaman setahun berfungsi sebagai penanda aras bagi majoriti pinjaman korporat dan isi rumah, manakala kadar lima tahun digunakan sebagai tambatan untuk gadai janji hartanah.

    Sementara itu, pasaran mencerna komen daripada Gabenor Bank Rakyat China Pan Gongsheng, yang memberitahu forum kewangan di Shanghai bahawa China akan mengekalkan dasar monetarinya yang akomodatif untuk menyokong ekonomi.

    Di Sydney, S&P/ASX 200 mengenepi 0.1 peratus lebih rendah kepada 7,766.30. Kospi Korea Selatan menambah 0.2 peratus kepada 2,802.00.

    Di tempat lain, Taiex Taiwan memperoleh 0.1 peratus, manakala SET Bangkok jatuh 0.3 peratus. – AP

    Orang ramai berdiri di hadapan papan saham elektronik yang menunjukkan indeks Nikkei 225 Jepun di firma sekuriti pada hari ini, di Tokyo. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda