Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saham Asia lebih rendah selepas Wall Street kekal stabil

    HONG KONG, 28 FEB – Pasaran Asia kebanyakannya lebih rendah pada hari Rabu selepas saham Amerika Syarikat (AS) berada hampir pada paras rekod mereka dalam hari dagangan yang tenang.

    Niaga hadapan dan harga minyak AS jatuh.

    Penanda aras Jepun Nikkei 225 mengenepi 0.1 peratus lebih rendah kepada 39,230.50.

    Pasaran China turun naik, dengan Hang Seng Hong Kong meningkat 0.2 peratus kepada 16,825.00, manakala Shanghai Composite turun 0.7 peratus kepada 2,995.40.

    Pemaju hartanah swasta terbesar China, Country Garden, berkata pada hari Rabu bahawa ia sedang menghadapi petisyen pembubaran selepas gagal membayar balik kemudahan pinjaman berjangka bernilai 1.6 bilion dolar Hong Kong (AS$204.5 juta). Perbicaraan pertama kes itu dijadualkan pada 17 Mei.

    Langkah itu dibuat selepas China Evergrande, pemaju hartanah yang paling banyak berhutang di dunia, diarah menjalani pembubaran berikutan usaha yang gagal untuk menstruktur semula AS$300 bilion pada akhir Januari.

    Hong Kong dijangka mengeluarkan belanjawan fiskalnya, yang dijangka merangkumi langkah-langkah untuk menghidupkan semula pasaran hartanah yang bermasalah.

    S&P/ASX 200 Australia sedikit berubah pada 7,663.50 selepas Biro Perangkaan Australia berkata Rabu kadar inflasi negara itu kekal pada paras terendah dua tahun pada Januari, mencetuskan harapan bahawa Bank Rizab boleh mengurangkan kadar faedah penanda arasnya.

    Kospi Korea Selatan menokok 0.8 peratus kepada 2,646.55, manakala SET Thailand turun 0.5 peratus. – AP

    Peniaga mata wang bekerja di bilik urusan pertukaran asing ibu pejabat Bank KEB Hana di Seoul, Korea Selatan, pada hari ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda