TOKYO, 31 OKT – Saham syarikat pengeluar kereta Nissan jatuh hampir lapan peratus hari ini selepas firma itu berkata ia menjangkakan kerugian operasi sebanyak AS$1.8 bilion dalam tahun fiskalnya yang berakhir pada Mac.
Saham Nissan jatuh sebanyak 7.95 peratus, sebelum pulih kepada sekitar lima peratus dalam dagangan awal.
Firma automotif itu mengumumkan ramalan itu kelmarin sambil menambah bahawa ia menjangkakan kerugian operasi sebanyak 30 bilion yen dalam tempoh enam bulan pertama tahun fiskal, yang berlangsung sehingga September.
Nissan melaporkan kerugian bersih sebanyak 671 bilion yen untuk tahun kewangan sehingga Mac 2025, dan umumkan rancangan untuk kurangkan 20,000 pekerjaan, sekitar 15 peratus daripada tenaga kerjanya.
Kerugian operasi sebanyak 30 bilion yen adalah lebih baik daripada yang diramalkan oleh pembuat kereta itu.
Nissan mengaitkannya dengan satu-kali faedah, termasuk kos yang lebih rendah berkaitan dengan peraturan pelepasan.
Ia berkata beberapa kos projek juga telah ditangguhkan ke separuh kedua tahun ini.
“Walaupun keputusan separuh pertama kami mencerminkan faedah sementara dan pulangan daripada inisiatif penjimatan kos, kami jangka persekitaran persaingan yang berterusan pada separuh kedua, risiko rantaian bekalan dan musim perniagaan,” kata Ketua Pegawai Kewangan, Jeremie Papin.
Ia berkata ia kini menjangkakan jualan sebanyak 11.7 trilion yen pada 2025-2026, menurun daripada anggaran awalnya pada Mei iaitu 12.5 trilion yen.
Kebelakangan ini Nissan hadapi banyak cabaran termasuk penangkapan bekas bos Carlos Ghosn pada tahun 2018 serta kegagalan untuk bergabung dengan, Honda.
Nissan juga dilihat sebagai syarikat pengeluar kereta yang paling teruk terjejas oleh tarif Donald Trump ke atas kenderaan import mengikut pandangan pemerhati. – AFP


