Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saham Teluk menjunam, OPEC tidak setuju pelan tindakan virus

    DUBAI, 8 MAC – Saham-saham di negara Teluk yang bergantung pada tenaga telah menjunam ke tahap paling rendah hari ini selepas kegagalan OPEC untuk bersetuju ke atas pelan tindakan koronavirus yang mencetuskan kebimbangan perang harga minyak habis-habisan.

    OPEC dan sekutu-sekutunya gagal untuk mencapai perjanjian ke atas pengurangan pengeluaran yang mungkin akan menawarkan sokongan kepada pasaran tenaga, mengakibatkan harga jatuh kepada empat bulan rendah pada Jumaat.

    Mesyuarat OPEC+ dijangka untuk bersetuju mengurangkan 1.5 juta tong sehari bagi menangani kesan koronavirus novel, namun Moscow enggan untuk mengetatkan bekalan.
    Kebimbangan perang harga telah dimarakkan lagi ketika Arab Saudi – pengeksport teratas dunia – serta-merta membuat pengurangan signifikan pada harga minyaknya.

    Semua tujuh bursa saham di Teluk dalam tahap bahaya di tengah-tengah kepanikan berhubung penjualan murah harga tenaga, tulang belakang pendapatan awam di rantau itu, boleh runtuh.

    Pasaran saham Saudi, terbesar di rantau itu, menjunam sebanyak 7.7 peratus beberapa minit semasa pembukaannya pada Ahad, hari pertama minggu perdagangan. – AFP

    Saham-saham di negara Teluk menjunam ke tahap paling rendah hari ini selepas kegagalan OPEC untuk bersetuju ke atas pelan tindakan koronavirus yang mencetuskan kebimbangan perang harga minyak habis-habisan.- AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda