Saham Tokyo ditutup dalam perdagangan musim cuti

TOKYO, 27 DIS – Saham Tokyo ditutup rendah dalam perdagangan di musim cuti yang dicengkam kebimbangan berterusan terhadap penularan dan kesan varian koronavirus, Omicron.

Penanda aras indeks Nikkei 225 merosot 0.37 peratus atau 106.13 mata kepada 28,676.46, manakala indeks Topix yang lebih luas merosot 0.445 peratus atau 8.88 mata kepada 1,977.90.

“Kebimbangan mengenai Omicron membebankan pasaran saham,” kata Toshikazu Horiuchi, seorang broker di IwaiCosmo Securities.

Pakar strategi kanan, Yoshihiro Ito dari Okasan Online Securities juga memberi amaran dalam bentuk nota untuk “berhati-hati terhadap penyebaran jangkitan yang disebabkan oleh Omicron.

Jepun berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas kes varian baharu itu dilaporkan di bandar utama termasuk Tokyo, selepas menyaksikan pengurangan jangkitan COVID-19 di seluruh negara sebelum ini.

Saham Jepun berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas kes varian Omicron dilaporkan di bandar utama termasuk Tokyo yang menyebabkan pasaran menurun kerana kekurangan pelabur.

“Pasaran juga kekurangan kekuatan, dengan jumlah pelabur yang terhad disebabkan cuti akhir tahun,” kata Horiuchi kepada AFP.

Dolar didagang 114.43 berbanding yen dalam dagangan waktu petang Asia, meningkat daripada 114.38 yen di New York pada Jumaat.

Saham Kumpulan SoftBank merosot 2.95 peratus kepada 5,220 yen berikutan dengan laporan bahawa Credit Suisse telah melancarkan tindakan undang-undang untuk mendapatkan semula dana yang dikatakan oleh dihutangi konglomerat Jepun itu.

Saham syarikat penerbangan turut menyaksikan kedudukan mereka merosot dengan Japan Airlines, jatuh 0.32 peratus kepada 2,170 yen dan ANA Holdings turun sebanyak 0.29 peratus kepada 2,376 yen.

Tetapi saham pengeluar peralatan pembuatan cip Tokyo Electron melonjak naik kepada 2.08 peratus kepada 65,600 yen berikutan permintaan kukuh untuk semikonduktor. – AFP