Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saharul Ridzwan mahu jual rumah di Cyberjaya

    Selepas berjaya menjual kereta jenama mewah Mercedez Benz, pelakon Saharul Ridzwan berhasrat untuk melepaskan sebuah kediaman miliknya di Cyberjaya.

    Menurut Saharul atau Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 35, dia berasa gusar memikirkan kediaman tersebut disebabkan ia dibiayai oleh pinjaman konvensional iaitu pembiayaan bank yang melibatkan riba.

    “Kereta selesai masalah, ada satu lagi masalah iaitu rumah. Insya-Allah nanti kita tengok pula rumah di Ceria Residence.

    “Lepas ini rumah pula, yang ini sangatlah membebankan saya setiap hari untuk fikirkan sebab ia adalah pinjaman konvensional… Doakan semoga dapat selesai. Amin Ya Allah,” katanya.

    Saharul berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya kelmarin.

    Menerusi perkongsian video itu juga, Saharul dilihat sedang mempersiapkan kereta mewahnya untuk diberikan kepada pemilik baharu, dedah mStar.

    Tambah aktor berkenaan, dia mengucapkan terima kasih buat semua yang sudah mendoakan urusannya dan berharap kereta tersebut dapat dijaga dengan baik.

    “Alhamdulillah syukur Ya Allah. Doakan proses seterusnya dipermudahkan Allah. Belum selesai semua lagi, bila dah tukar nama baru selesai.

    “Terima kasih atas doa awda semua. Nampak macam benda kecil tapi sangatlah bermakna bagi saya. Saya doakan kita semua dipermudahkan segala urusan dan dibantu untuk selesaikan perkara-perkara yang perlu diselesaikan,” ujarnya. – Agensi

    Saharul berhasrat untuk menjual kediamannya di Cyberjaya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda