Tuesday, July 15, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Sahur Ride’ pemilik Subaru

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Mei – Dalam mengukuhkan lagi hubungan antara ahli-ahlinya dan mengisi masa lapang dengan aktiviti keagamaan terutamanya dalam bulan Ramadan ini, sekumpulan ahli Kumpulan Pemilik Kereta Subaru Brunei telah mengadakan ‘Sahur Ride’, baru-baru ini.

    Dalam acara tersebut, rombongan yang diketuai oleh ahli Pentadbiran Kumpulan, Shahrol Azren memandu kereta masing-masing ke sekitar kawasan Dermaga Diraja dan ibu negara sebelum menuju ke Semporna Enak untuk bersahur kemudian meneruskan perjalanan ke Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kiulap untuk menyertai jemaah masjid lain bagi menunaikan sembahyang Fardu
    Subuh.

    Ini merupakan kali pertama kumpulan tersebut menganjurkan aktiviti sedemikian dan berharap dapat melibatkan diri dalam aktiviti lebih berfaedah tanpa mengabaikan keselamatan di jalan raya kerana ini merupakan salah satu keutamaan mereka semasa acara tersebut.

    Para pemilik kereta Subaru yang menyertai aktiviti berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda