Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sahur Sengkarai ke-4 kembali lagi

    Oleh Nurdiyanah R. –

    TUTONG, 25 MAC – Sahur Sengkarai kembali lagi untuk kali yang ke-4 anjuran salah seorang belia tempatan, Awang Abdul Khaliq Roziman atau lebih dikenali dengan panggilan Aliqpombunai, dengan sokongan Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sengkarai, Daerah Tutong bersempena kedatangan bulan suci Ramadan pada tahun ini.

    Acara ini sudah tentunya menjadi satu trademark bagi Daerah Tutong dan menjadi kunjungan orang ramai dari luar daerah untuk singgah dan menikmati juadah yang ada di acara tersebut.

    Sehubungan itu, antara yang hadir bagi merasmikan acara berkenaan ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri dan ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.

    Menerusi platform berkenaan, lebih 20 orang peniaga atau penjaja makanan dan minuman tempatan mengikuti acara tahunannya tersebut.

    Pada tahun ini, Sahur Sengkarai diadakan setiap hujung minggu sepanjang bulan Ramadan, iaitu 21 hingga 23 Mac, 28 hingga 30 Mac dan 4 April hingga 6 April, iaitu setiap Hari Khamis hingga Sabtu dari jam 9 malam hingga 1 pagi.

    Adapun tujuan acara ini diadakan untuk memberi peluang kepada peniaga-peniaga tempatan yang terdiri dari para belia dari seluruh daerah dan juga peniaga MPK Sengkarai untuk mengembangkan lagi produk jualan mereka kepada penduduk Daerah Tutong khasnya.

    Yang Berhormat Awang Abdul Aziz berkunjung ke salah satu petak jualan pada acara berkenaan. – GAMBAR SERAHAN AJEES
    Antara pengunjung yang hadir semasa acara berkenaan. – GAMBAR SERAHAN AJEES

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda