
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Okt – Rombongan seramai 22 orang daripada Pasukan Kebangsaan Futsal Brunei Darussalam yang terdiri daripada 16 orang pemain, tiga orang jurulatih dan tiga orang pegawai urus setia, pagi tadi telah berangkat ke Jakarta bagi menyertai Kejuaraan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2018 yang akan berlangsung di Yogyakarta, Indonesia. (Klik di sini untuk cerita lanjut)