Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OGOS – Pasukan Kendo Brunei Darussalam hari ini berlepas ke Jakarta, Indonesia bagi menyertai Kejohanan Kendo ASEAN ke-12 yang akan bermula dari 9 hingga 11 Ogos.
Seramai sembilan peserta akan berentap dalam kategori kendo lelaki, wanita dan berkumpulan.
“Kategori berkenaan adalah knock out, jika gagal, kami akan tersingkir sepenuhnya, dan kami akan berusaha sedaya upaya untuk memasuki setiap pusingan,” jelas ketua rombongan, Chan Leang Seng.
“Pasukan kami telah menjalani beberapa sesi latihan di dalam dan luar negara dan kami sangat yakin dapat memberikan yang terbaik,” jelas beliau.
Kejohanan kendo diadakan setiap tiga tahun sekali dan kali ini merupakan edisi ke-12 setelah diadakan di Bangkok, Thailand tiga tahun lalu.
