Oleh James Kon
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Dua pasukan dari Gim Chainblock Brunei meninggalkan negara semalam untuk menyahut cabaran dalam Kejohanan Kelab Tarik Kalat Antarabangsa 2019 di Putrajaya, Kuala Lumpur yang bermula dari 26 hingga 31 Ogos.
Pasukan yang terdiri daripada 18 atlet dan mengambil bahagian dalam Kategori Lelaki Senior 680kg berkenaan berusaha untuk memperbaiki pencapaian mereka selepas meraih tempat keempat pada kejohanan yang sama pada tahun 2017.
Hadir mengucapkan selamat belayar di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Setiausaha Persatuan Tarik Kalat Negara Brunei Darussalam, Pengiran Haji Iskandar bin Pengiran Haji Jadid dan Pegawai Komunikasi, Haji Armi.
Turut hadir ialah Pengarah Chainblock, Lim Boon Kheng, Hong Kim Seng, Lee Han Siew, Chung Soon Lee dan ahli keluarga.
Kejohanan tahun ini menarik penyertaan pasukan dari Afrika Selatan, China, Thailand, Laos, Vietnam, Kemboja, Jepun, Korea, India, Iran, Taiwan, Singapura, Brunei dan juga Malaysia.
