Bintang Bollywood Saif Ali Khan cedera parah selepas ditikam sebanyak enam kali ketika bergelut dengan pencuri yang memecah masuk kediamannya di Mumbai, India pada awal pagi tadi.
Hindustan Times melaporkan Saif, 55, salah satu tikaman hampir terkena tulang belakang dan aktor tersebut sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
“Salah satu kecederaan terkena berhampiran tulang belakangnya dan tahap kerosakan itu hanya akan diketahui selepas pembedahan,” kata wakil hospital.
Penyerang Saif bagaimanapun berjaya melarikan diri dan pihak polis sedang giat memburu suspek.
Dalam pada itu, wakil isteri Saif iaitu Kareena Kaapor memberitahu suspek pada awalnya dikesan memasuki bilik tidur anak-anak pasangan berkenaan iaitu Jeh dan Taimur.
Kejadian sekitar jam 2 pagi itu hanya disedari Saif yang terbangun akibat terdengar bunyi bising.
Apa yang lebih pelik, pihak pengawal keselamatan langsung tidak menyedari suspek masuk ke dalam kawasan kediamannya. – Agensi