Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan akan segera mengumumkan nama anak kedua mereka yang dilahirkan pada hari Ahad lalu di Breach Candy Hospital di Mumbai.
Berita kelahiran cahaya mata kedua ini disampaikan menerusi Instagram rasmi Kareena Kapoor, sekali gus mengumumkan pasangan ini mendapat anak damit lelaki.
Walaupun peminat mereka memikir-kan banyak nama, tidak ramai yang tahu mengenai kisah di sebalik menamakan anak pertama mereka.
Mengimbas kembali pada tahun 2016 ketika Saif dan Kareena menerima kahadiran anak pertama Taimur Ali Khan, mereka harus melalui banyak tentangan untuk menamakan anak damit mereka sempena nama pahlawan Turki, Timur.
Menurut News18, itu adalah nama yang telah dipilih oleh Kareena sementara Saif memintanya untuk berfikir lagi sebelum meneruskan nama Taimur.
Pada tahun 2018, Kareena mendedahkan bahawa Saif bertanya kepadanya apakah dia yakin dan dia berkata ‘ya.’ Makna Taimur adalah ‘besi’ dan itulah yang menarik perhatian Kareena yang menginginkan anaknya menjadi lelaki yang kuat. Kareena juga mengungkapkan bahawa Saif ingin menamakan anak mereka ‘Faiz’ kerana mempunyai konotasi puitis.
Kareena mengatakan, ada banyak tentangan, tetapi ada juga banyak sokongan. Malam sebelum saya pergi ke Hospital, Saif bertanya kepada saya, “‘Jika anak damit laki-laki, apakah kamu yakin ingin melakukan ini? Mari kita menukar nama dan memanggilnya Faiz. Lebih puitis dan romantis.
“Dan saya berkata tidak. Sekiranya ia seorang anak lelaki, saya mahu anak saya menjadi pejuang. – Agensi
