Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saifuddin Setiausaha Agung FAM baharu

    KUALA LUMPUR, 30 OGOS – Bekas Perunding Teknikal Liga Profesional Oman Mohd Saifuddin Abu Bakar, dilantik sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu, berkuat kuasa 1 September.

    FAM optimis pelantikan Mohd Saifuddin, 60, yang mempunyai pengalaman luas di peringkat domestik dan antarabangsa, selain dengan latar belakang dan kelayakan yang dimilikinya, akan memberi kebaikan kepada badan induk bola sepak negara itu.

    “Mohd Saifuddin mampu membawa FAM ke tahap lebih, tinggi sambil memenuhi aspirasi pihak berkepentingan,” menurut kenyataan dikeluarkan FAM hari ini.
    Mohd Saifuddin mula menceburi bidang tadbir urus bola sepak sebagai Pegawai

    Pembangunan Teknikal dan Remaja Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pada 1991, sebelum menyertai FAM sejak 1993 hingga 2004 dengan menjawat jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Pertandingan FAM. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda