Tuesday, February 11, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saingan sengit kejohanan bola keranjang

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Feb – Setelah Kejohanan Bola Keranjang Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dibuka secara rasmi hujung minggu lalu, Pasukan Brunei Muara A dan Pasukan Temburong membuka tirai perlawanan dengan bergaya apabila menang dalam dua perlawanan masing-masing.

    Namun harapan Pasukan Temburong untuk menguasai kejohanan bola keranjang tersebut musnah apabila ditewaskan oleh Pasukan Brunei Muara A dengan kutipan mata 73-83 semalam.

    Pada hari pertama kejohanan, Pasukan Belait B mencatatkan kemenangan ke atas Pasukan Belait A dengan kutipan mata 65-83, diikuti kemenangan di pihak Pasukan Temburong yang menumpaskan Pasukan Tutong dengan keputusan 78-88, sebelum keesokkan harinya menumpaskan Pasukan Brunei Muara B dengan mata 81-78.

    Nasib tidak menyebelahi Pasukan Belait B apabila dua hari berturut tumpas di tangan Pasukan Brunei Muara A dengan mata 73-55 dan keesokannya tewas lagi di tangan Pasukan Tutong dengan kutipan mata 84-70.

    Kejohanan kali ini berlangsung sehingga hari Ahad 26 Februari 2017 di Dewan Bola Keranjang Batu Bersurat, Gadong.

    Antara aksi pasukan yang menyertai kejohanan tersebut.
    Antara aksi pasukan yang menyertai kejohanan tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda