Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saingan sengit Liga B-16, B-19

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Feb – Sebanyak lima perlawanan Liga Perdana Bawah-16 tahun (B-16) Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD) 2018 dan satu perlawanan Liga Perdana B-19 NFABD 2018 telah berlangsung baru-baru ini.

    Di Padang Arena, Seria, menyaksikan Pasukan Hawa FT membelasah Tabuan Muda B dengan jaringan 4-0 menerusi jaringan Mohd Mirza Nursyakirin, Mohd Zharizal Zamali, Mohd Darwishah dan Awangku Mohd Raziqin.

    Manakala Pasukan Projek Ikan Pusu pula gah mengecewakan Pasukan Rimba Star jaringan 3-0 di Padang Menglait A, di mana Mohd Syafiq Hidayat menjaringan dua gol dan satu gol disudahi oleh Mohd Syafiq Saifuddin.

    Hatrik Mohd Khairul Ikhwan bin Haji Kartolo, satu gol masing-masing oleh Mohd Aiman Hamizan Abdullah dan Muhd Aiman Abdullah telah memastikan Pasukan Sengkarai Jr FC mengatasi saingan Pasukan ISB dengan jaringan 5-3 di Padang Sekolah Antarabangsa Brunei.

    Sementara itu dua perlawanan lain menyaksikan empat pasukan berkongsi satu mata, iaitu Admirul Red Star terikat 2-2 dengan Parma Jrs, manakala Muyara FT terika 0-0 dengan Kilanas Academy FC.

    Dalam perkembangan Liga Perdana NFABD B-19 pula, Pasukan JIS U19 berjaya menewaskan Tabuan Muda dengan kemenangan tipis hasil jaringan Awangku Abdul Halim bin Pengiran Samad.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda