Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sainsbury, Asda adakan rundingan

    LONDON, 29 April – Rangkaian pasar raya Britain Sainsbury berkata semalam ia sedang berunding untuk bergabung dengan Asda, dalam satu perjanjian yang akan menubuhkan syarikat gergasi runcit dengan saham kira-kira 30 peratus dalam pasaran Britain.

    “Sainsbury mengesahkan bahawa ia dan Walmart Inc. sedang mengadakan perbincangan berhubung gabungan perniagaan Sainsbuury’s dan Asda,” kata Sainsbury dalam satu kenyataan.

    Rangkaian runcit terbesar di Britain buat masa sekarang adalah Tesco dengan saham pasaran sebanyak 27.6 peratus, diikuti oleh Sainsbury dan Asda dengan 15.8 peratus dan 15.6 peratus masing-masing, menurut data daripada Kantar Worlpanel.

    Syarikat akan mempunyai gabungan 2,800 kedai.

    Sainsbury berkata kenyataan mengenai cadangan gabungan akan dikemukakan pada 0600 GMT pada Isnin.

    Gambar fail pada 9 Januari 2018 menunjuk-kan cawangan pasar raya Sainsbury di barat London. Menurut Sainsbury kelmarin, ketika ini Sainsbury mengadakan rundingan bersama Asda dalam satu perjanjian yang akan menubuhkan syarikat gergasi runcit. – AFP

    Persatuan Akhbar melaporkan perjanjian akan bernilai AS$13.8 bilion.

    Richard Lim, daripada firma pakar runding penyelidikan ekonomi Retail Economics, memberitahu BBC bahawa gabungan akan menjadi “pengubah permainan dalam pasaran runcit UK.”

    “Gabungan tersebut akan melihat perniagaan bersaing dengan Tesco,” kata beliau.

    Joanne McGuinness, pegawai dengan kesatuan pekerja kedai Usdaw berkata: “Kami akan berusaha mengadakan mesyuarat dengan perniagaan untuk memperoleh butir-butir lanjut mengenai apa yang membabitkan penggabungan.

    “Dasar utama kami adalah untuk melindungi ahli kami dan memastikan sebarang perjanjian di antara peruncit tidak menjejas pekerjaan atau pendapatan mereka.”

    Tim Roache, setiausaha kesatuan GMB, berkata: “Keutamaan pertama kami adalah melindungi pekerjaan setiap anggota Asda, dalam kedai dan dalam pengedaran.”

    “Kami menuntut satu mesyuarat diadakan dengan Asda untuk mendapatkan jawapan dan jaminan yang diperlukan oleh anggota kami. GMB akan memastikan suara pekerja pasar raya tidak lenyap di tengah kesemua desas-desus penggabungan dan pemerolehan.”

    Jualan runcit Britain telah terjejas teruk dalam beberapa bulan ini akibat kombinasi perbelanjaan pengguna yang lebih lemah, pertumbuhan ekonomi yang lebih lembap dan cuaca sejuk bersalji.

    Peruncit tradisional seperti Sainsbury dan Asda juga menerima tekanan oleh pertumbuhan dalam peruncit online dan pesaing kos murah seperti Aldi dan Lidl. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda