Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sainsbury umum pengunduran CEO

    LONDON, 22 JAN – Pasar raya Britain, Sainsbury hari ini mengumumkan pengunduran ketua eksekutif Mike Coupe, yang gagal untuk menggabungkan kumpulan itu dengan pesaing milik Amerika Syarikat (AS), Asda tahun lalu.

    “Selepas hampir enam bulan sebagai CEO dan lima belas tahun bekerja untuk Sainsbury, Mike Coupe telah mengesahkan untuk bersara pada tahun ini,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan, menambah dia akan meneruskan peranannya hingga akhir bulan Mei.

    Pengarah runcit dan operasi, Simon Roberts bakal menggantikan Coupe pada 1 Jun di Sainsbury, pasar raya kedua terbesar negara itu selepas Tesco.

    Pada Mei 2019, pihak berkuasa pengawal selia, Persaingan dan Pasaran (CMA), Britain, menyekat penggabungan mega Sainsbury dengan Asda milik Walmart.

    Dalam kontroversi selepas pengumuman perjanjian Asda pada bulan April 2018, Coupe dipaksa untuk meminta maaf selepas gelagatnya dirakamkan lensa kamera menyanyikan ‘kami mahu wang’ pada wawancara media.

    Sepanjang tempohnya, Coupe menyelia pembelian katalog rantaian runcit Argos dan pedagang perabot Habitat pada 2016. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda