Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saint-Maximin berpindah dari Liga Perdana ke Liga Pro Saudi

    NEWCASTLE, 31 JULAI – Allan Saint-Maximin menjadi pemain terbaru yang berpindah dari Liga Perdana ke Liga Pro Saudi selepas meninggalkan Newcastle untuk menyertai Al-Ahli dengan perjanjian empat tahun.

    Bekas pemain antarabangsa Perancis itu menghabiskan empat tahun di St. James’ Park dan berlepas dengan bayaran yang tidak didedahkan.

    Saint-Maximin akan bekerjasama dengan bekas penyerang Liverpool Roberto Firmino, bekas pemain Manchester City Riyad Mahrez dan bekas penjaga gol Chelsea Edouard Mendy di Al-Ahli apabila kemasukan nama-nama teratas ke Arab Saudi tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda.

    Saint-Maximin yang berusia 26 tahun menjaringkan 13 gol dalam 124 penampilan untuk Magpies, tetapi pemain sayap itu bergelut dengan kecederaan dalam beberapa musim kebelakangan ini.

    Perjanjian untuk menjual Saint-Maximin telah mengundang kritikan dengan Dana Pelaburan Awam Saudi yang mempunyai pemilikan majoriti dalam kedua-dua Newcastle dan Al-Ahli.

    “Semua orang di Newcastle United mengucapkan terima kasih kepada Allan atas sumbangannya kepada kelab dan komuniti dan mengucapkan selamat maju jaya untuk babak seterusnya dalam kerjayanya,” kata Newcastle dalam satu kenyataan mengesahkan pemergiannya. – AP

    Allan Saint-Maximin menjadi pemain terbaru yang berpindah dari Liga Perdana ke Liga Pro Saudi selepas meninggalkan Newcastle untuk menyertai Al-Ahli dengan perjanjian empat tahun. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda