Friday, September 20, 2024
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saintis Afrika Selatan kenal pasti wabak rabies pertama pada anjing laut

    CAPE TOWN, 20 SEPT – Para saintis di Afrika Selatan berkata mereka telah mengenal pasti wabak rabies pada anjing laut yang dipercayai kali pertama virus itu merebak terhadap mamalia laut.

    Sekurang-kurangnya 24 anjing laut bulu Cape yang ditemui mati atau dieutanasi di pelbagai lokasi di pantai barat dan selatan Afrika Selatan mempunyai rabies, kata doktor haiwan negeri tersebut, Dr Lesley van Helden.

    Rabies, yang menjangkiti  mamalia boleh ditularkan kepada manusia, di mana  kebanyakannya mengakibatkan maut. Rabies merebak melalui air liur, biasanya melalui gigitan tetapi juga melalui rsentuhan.

    Virus itu telah lama muncul  dan menjangkiti haiwan seperti raccoon, coyote, musang, serigala dan pada anjing peliharaan. Tetapi ia tidak pernah direkodkan tular dalam kalangan mamalia laut, kata van Helden dan pakar lain baru-baru ini.

    Satu-satunya kes rabies lain yang diketahui pada mamalia laut adalah dalam anjing laut di kepulauan Svalbard Norway pada awal 1980an. Anjing laut itu berkemungkinan telah dijangkiti oleh musang Arktik yang gila, kata para penyelidik, dan tiada bukti rabies merebak dalam kalangan anjing laut.

    Pihak berkuasa di Afrika Selatan pertama kali menemui rabies dalam anjing laut Cape Jun lalu selepas seekor anjing digigit anjing laut di pantai Cape Town. Anjing itu dijangkiti rabies, mendorong ujian rabies pada sampel otak daripada 135 bangkai anjing laut yang telah dikumpulkan oleh penyelidik sejak 2021. Kira-kira 20 sampel baharu juga telah dikumpulkan dan lebih banyak positif telah kembali pada ujian berikutnya.

    Para saintis cuba mencari cara bagaimana penularan rabies kepada anjing laut, sama ada ia merebak secara meluas dalam kalangan koloni besar mereka termasuk langkah yang boleh dilakukan untuk membendungnya.

    “Semuanya sangat baharu,” kata ahli biologi marin, Greg Hofmeyr, yang mengkaji anjing laut di Afrika Selatan. “Banyak penyelidikan diperlukan … terdapat banyak perkara yang tidak diketahui di sini,” tambahnya. – AP

    Seekor anjing laut bulu Cape di Pulau Seal dekat Cape Town, Afrika Selatan, Ahad, 22 Nov. 2020. – AP

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda