Friday, January 31, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saintis Australia temui fosil wombat purba

    SYDNEY, 29 MAC – Sebuah penelitian dari ilmuwan Australia menemukan fosil-fosil wombat purba dipercayai mempunyai gigitan kuat yang mengembara di Pedalaman Australia sekitar 25 juta tahun lalu sambil mengunyah buah dan kacang.

    Sekumpulan saintis dari Universiti Flinders mengumpulkan fosil yang ditemui di Wilayah Utara terpencil Australia untuk mendedahkan marsupial yang telah lama pupus bernama Mukupirna fortidentata.

    Ahli paleontologi juga mengenal pasti seekor possum purba bernama Chunia pledgei, yang mereka katakan memiliki “gigi kacip kekeras yang aneh”.

    “Haiwan yang mempunyai sifat ingin tahu ini adalah keturunan marsupial yang telah pupus lama dahulu, tidak meninggalkan keturunan moden,” kata Arthur Crichton, dari Makmal Palaeontologi Universiti Flinders.

    “Mempelajari tentang haiwan ini membantu meletakkan kumpulan wombat dan possum yang bertahan hari ini dalam konteks evolusi yang lebih luas,” tambahnya.

    Fosil itu ditemui dalam beberapa penggalian sepanjang dekad yang lalu, membolehkan pasukan membina semula haiwan kuno itu kembali ke makmal.

    Makhluk seperti wombat itu mempunyai gigitan yang kuat, mungkin memakan buah-buahan dan kacang yang keras dan dianggap mempunyai berat sehingga 50 kilogram (110 paun), menjadikannya salah satu marsupial terbesar yang masih hidup pada masa itu.

    Makhluk itu dikaitkan dengan Mukupirna nambensis ditemui pa-da 2020 saudara gergasi yang akan mengecilkan kebanyakan wombat hari ini.

    Walaupun tidak jelas apa yang menyebabkan haiwan tersebut pupus, ia hilang semasa tempoh perubahan iklim apabila kawasan hutan purba di pusat Australia menjadi semakin gersang, kata pengarah makmal paleontologi universiti itu, Profesor Gavin Prideaux. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda