Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saintis bangunkan dron guna bahagian burung sebenar

    HOUSTON, 20 NOV – Para saintis di New Mexico Tech, sebuah universiti awam di negeri New Mexico, Amerika Syarikat, telah membangunkan dron menggunakan bahagian burung sebenar, lapor media tempatan KOAT Action 7 kelmarin.

    Taxidermi iaitu penggunaan bahagian burung yang telah mati pada dron berkenaan direka bentuk untuk kelihatan dan terbang seperti burung sebenar dengan bulu asli dan pergerakan sayap yang mengepak.

    Teknik berkenaan akan membantu dron itu bercampur dengan hidupan liar dan membantu juruterbang dengan menghalang burung-burung daripada memasuki ruang udara atau berlanggar dengan pesawat, menurut laporan itu.

    Dr Mostafa Hassanalian, penyelidik utama dan profesor kejuruteraan mekanikal di New Mexico Tech, iaitu Institut Perlombongan dan Teknologi New Mexico, percaya dron berkenaan boleh menyelamatkan nyawa, wang dan alam sekitar, tambah laporan itu.

    Pasukan penyelidiknya telah menghabiskan dua tahun untuk membangunkan dron dan robot burung pegar, itik dan merpati, menurut laporan USA Today  baru-baru ini.

    Dron berkenaan masih dalam peringkat ujian dan pasukan itu kini sedang memohon kebenaran untuk menerbangkan dron itu di kawasan burung sebenar.

    Burung animatronik boleh digunakan untuk pelbagai kajian termasuk pembentukan penerbangan burung, pewarnaan dan komunikasi, sebagai tambahan kepada ekosistem semula jadi lain, menurut laporan USA Today lagi. – Xinhua

    Gambar Unsplash
    Tangkap layar dari video USAToday.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda