Tuesday, February 11, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saintis cipta tikus dengan dua sel jantan

    PARIS, 16 MAC – Saintis telah mencipta ovum menggunakan sel-sel tikus jantan buat kali pertama sekali gus berjaya menghasilkan kelahiran tujuh tikus dengan dua bapa, menurut kajian kelmarin yang disambut sebagai satu revolusi.

    Teknik yang dipelopori dalam eksperimen ini masih belum boleh digunakan dalam manusia, dengan halangan termasuk kadar kejayaan yang rendah, isu adaptasi dan pertimbangan etika yang meluas.

    Namun, kejayaan ini meningkatkan prospek pelbagai kemungkinan pembiakan baharu, termasuk lelaki tunggal untuk membolehkannya mempunyai anak kandung tanpa memerlukan ovum perempuan.

    Kajian ini, yang diterbitkan dalam jurnal Nature, dijalankan oleh pasukan saintis di Jepun yang dipimpin oleh ahli biologi pembangunan, Katsuhiko Hayashi dari Universiti Osaka dan Kyushu.

    Hayashi dan pasukannya sebelum ini telah menemui cara untuk mengambil sel kulit daripada tikus betina dan menukarkannya menjadi ovum yang boleh digunakan untuk melahirkan anak tikus yang sihat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda