Monday, July 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saintis guna robot dasar laut teroka terumbu terpencil

    SYDNEY, 3 JUN – Sekumpulan saintis Australia kini menggunakan robot bawah laut berteknologi tinggi bagi meneroka sistem terumbu karang yang terpencil dan masih belum banyak diterokai di kawasan Pasifik Selatan, menurut kenyataan Universiti Sydney hari ini.

    Sebagai sebahagian daripada ekspedisi antarabangsa berskala besar, para penyelidik Australia sedang menjalankan pemetaan habitat laut dalam dan kepelbagaian biodiversiti berhampiran Pulau Norfolk sebuah wilayah Australia yang terletak sejauh 1,600 kilometer ke timur laut Sydney dan merupakan salah satu kawasan paling penting dari segi ekologi di rantau Pasifik Selatan.

    Menurut kenyataan itu, lokasi strategik serta gabungan ekosistem tropika dan sederhana menjadikan pulau tersebut penting untuk menjejak pergerakan spesies dan kesan perubahan iklim.

    Kenderaan bawah air autonomi (AUV) yang digunakan dalam ekspedisi itu dilengkapi kamera resolusi tinggi dan pelbagai sensor, membolehkan ribuan imej dirakam untuk menghasilkan peta tiga dimensi dasar laut dan merekod kehidupan marin dengan tahap perincian yang belum pernah dicapai sebelum ini.

    “Ini merupakan kali pertama kawasan dasar laut di Norfolk Ridge akan dirakamkan dengan perincian sebegini,” kata Profesor Stefan Williams dari Pusat Robotik Australia, Universiti Sydney.

    Robot-robot bawah laut tersebut berfungsi sebagai ‘mata dan tangan’ para saintis, membolehkan penerokaan dilakukan dengan selamat ke kawasan laut dalam yang tidak dapat dicapai oleh penyelam manusia. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda