Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Saintis HK gesa beralih daripada strategi sifar COVID

    HONG KONG, 22 MAC – Saintis terkemuka Hong Kong (HK) menggesa pihak pentadbiran wilayah itu beralih daripada strategi sifar COVID hari ini, sebelum penularan seterusnya kecuali hab kewangan itu mahu menjadi ‘pelabuhan tertutup selamanya.’

    Hong Kong menggunakan sekatan perjalanan ketat bagi mengekang virus selama dua tahun, namun ia mengakibatkan bandar dunia Asia itu terpinggir dan penularan maut Omicron sejak Januari telah menyaksikan penduduk dan perniagaan melarikan diri daripada senarai sekatan yang membebankan. Peningkatan besar-besaran kes telah menjejas teruk sistem penjagaan kesihatan bandar itu dan menjadikan ia sebagai wilayah dengan kadar kematian tertinggi COVID dalam kalangan dunia maju, dengan pihak kerajaan wilayah dikritik kerana gagal menginokulasi populasi warga emasnya pada masanya.

    “Dua bulan kebelakangan adalah pengalaman kehilangan yang amat menyedihkan bagi kita dan ia tidak membenarkan kita untuk menunggu,” saintis epidemiologi terkemuka, Gabriel Leung yang mengetuai sepasukan saintis mengendalikan virus itu, memberitahu wartawan hari ini.

    Saintis menganggarkan sekitar 4.4 juta orang di wilayah padat penduduk Hong Kong atau 60 peratus populasinya – telah pun dijangkiti setakat ini semasa gelombang Omicron.

    Angka rasmi merekodkan lebih satu juta kes dan hampir 6,000 kematian sejak Januari – khususnya dalam kalangan warga emas yang tidak divaksin.

    Leung, dekan fakulti perubatan universiti di Hong Kong dan pakar kerajaan yang kenyataannya sering kali dipetik oleh ketua HK, Carrie Lam, menekankan kepentingan mendapatkan vaksin dan dos penggalak, sambil mengatakan Hong Kong perlu hidup bersama virus kecuali ia mahu ‘menutup pelabuhannya selamanya.’ Menurutnya, Fasa Endemik adalah ‘jalan paling selamat’ kerana kita tidak tahu jika varian baharu seterusnya adalah lebih lemah atau kuat berbanding yang pernah kita lihat.’ – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...