Tuesday, July 15, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saintis jejak bangau terbang tanpa henti selama 38 jam

    SYDNEY, 16 JUN – Sekumpulan saintis telah berjaya menjejak seekor spesies burung bangau yang terbang hampir dua hari tanpa henti dari Australia ke Papua New Guinea semasa penghijrahan ke utara, menurut kenyataan hari ini.

    Penyelidik Australia menggunakan teknologi GPS untuk menjejak lapan ekor bangau berbulu dan sepuluh ekor bangau besar selama beberapa bulan selepas burung-burung itu meninggalkan Macquarie Marshes di New South Wales.

    Menurut saintis dari Pertubuhan Penyelidikan Saintifik dan Industri Komanwel Australia (CSIRO), bangau besar telah dikesan menyebar ke semua arah, manakala kesemua bangau berbulu pula berhijrah ke arah utara.

    Salah seekor daripadanya dikesan terbang hampir 2,400 kilometer dalam tempoh beberapa bulan sebelum menetap berhampiran bandar Kalo, tenggara Port Moresby.

    Burung itu mengambil masa 38 jam untuk terbang lebih 700 kilometer merentasi Lautan Coral, menurut penemuan yang diterbitkan dalam jurnal Pacific Conservation Biology, hari ini.

    Perkara itu merupakan kali pertama saintis berjaya merekodkan corak penghijrahan bagi haiwan tersebut.

    Sementara itu, seekor burung Australia lain, bar-tailed godwit, turut memegang rekod dunia dengan penerbangan tanpa henti sejauh lebih 13,500 kilometer dalam masa hanya 11 hari semasa penghijrahan dari Alaska ke Tasmania. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda