Friday, March 21, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saintis Jepun hasilkan vaksin Ebola

    TOKYO, 6 DIS – Saintis Jepun akan melakukan percubaan manusia pertama untuk vaksin virus Ebola pada bulan ini.

    Vaksin tersebut sebelumnya sudah diberikan pada monyet untuk melihat keberhasilan dari vaksin itu untuk melawan virus Ebola. Namun para saintis dari Institusi Perubatan Sains di Universiti Tokyo berharap rawatan tersebut akan menjadi satu rawatan yang lebih selamat untuk melawan virus tersebut.

    “Kami merasakan terdapat harapan tinggi di dalam vaksin terbaharu ini, boleh memberikan hasil yang baik,” kata Profesor Yoshihiro Kawaoka yang banyak membantu dalam menghasilkan vaksin tersebut.

    Pihak universiti akan melakukan ujian klinikal Disember ini, dengan memberikan dua dos suntikan kepada 30 orang dewasa yang sihat selang empat minggu.

    Mereka akan dipantau untuk melihat kesan sampingan dan melihat sama ada imuniti mereka semakin meningkat untuk melawan Ebola. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda