Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Saintis jerman guna penjejak kecil, pesawat ikut pergerakan rama-rama

    NEW YORK – Terdapat trilion serangga yang melakukan penghijrahan ke seluruh dunia setiap tahun, namun cuma sedikit diketahui mengenai destinasi serangga tersebut.

    Oleh itu, saintis di Jerman mencari petunjuk mengenai perjalanan serangga tersebut dengan meletakkan penjejak kecil di belakang rama-rama dan mengikuti serangga itu dengan menggunakan kapal terbang.

    Satu penemuan mengejutkan pengkaji apabila mendapati rama-rama mempunyai deria yang kuat ke mana ia hendak pergi.

    Dalam laporan jurnal Sains yang diterbitkan, para saintis melaporkan bahawa walaupun arah angin berubah namun serangga tetap berada di laluan yang lurus. Tambah penulis jurnal berkenaan, rama-rama tersebut mempunyai beberapa kemahiran pandu arah yang kompleks serta menentang penemuan awal yang mengatakan bahawa serangga hanyalah pengembara.

    “Selama bertahun-tahun, disangkakan bahawa penghijrahan serangga kebanyakannya hanya ditentukan oleh angin,” kata pengarang utama jurnal tersebut yang juga ahli zoologi di Universiti James Cook, Australia, Myles Menz.

    Gambar yang disediakan oleh Institut bagi Kelakuan Haiwan Max Planck, selepas penandaan, rama-rama dilepaskan di Konstanz, Jerman, dan diikuti oleh pesawat ringan menuju Alps. – AP
    Rama-rama besar dengan berat sehingga 3.5 gram, dipasang dengan tag radio kecil seberat 0.2 gram. – AP
    Rama-rama ditangkap di Col de Bretolet, Swiss Alps di mana burung dan serangga berhijrah setiap tahun. – AP

    Selama ini, sukar bagi saintis untuk melihat secara lebih dekat tentang bagaimana serangga bergerak yang sebahagiannya disebabkan oleh ukurannya yang kecil, kata Menz. Jenis penjejak radio yang digunakan untuk mengikuti serangga boleh menjadi terlalu berat untuk serangga yang lebih kecil.

    Tetapi pemancar telah menjadi lebih kecil dan ia membantu rama-rama death’s-hawk kerana mempunyai saiz yang besar berbanding dengan serangga lain, dengan lebar sayap sehingga 5 inci.

    Spesies serangga yang dianggap ikonik berwarna gelap dengan bahagian bawah sayap berwarna kuning dan mempunyai tanda seperti tengkorak, ia dapat terbang dengan baik dengan penjejak kecil dilekatkan di belakangnya, kata penulis bersama kajian dan penyelidik penghijrahan di Institut Max Planck bagi Kelakuan Haiwan Jerman, Martin Wikelski.

    Rama-rama tersebut dijangka berhijrah beribu-ribu batu antara Eropah dan Afrika pada musim luruh dan melakukan penerbangan pada waktu malam.

    Untuk kajian itu, penyelidik melepaskan rama-rama yang diberi tanda di Jerman dengan harapan ia akan mula terbang di laluan penghijrahan mereka ke arah Alps.

    Wikelski, juruterbang bagi kajian tersebut menggunakan pesawatnya mengelilingi kawasan itu dan menunggu jika terdapat kumpulan rama-rama yang melakukan perjalanan. Dia akan mengikuti bunyi radionya selama berjam-jam pada satu-satu masa jika mendapat isyarat daripada serangga tersebut.

    Pasukan penyelidik mengikuti laluan penerbangan 14 ekor rama-rama dengan merekodkan trek terpanjang mereka sekitar 56 batu.

    Rama-rama bukan sahaja terbang dalam garis yang lurus malah mereka juga tidak terjejas dalam persekitaran yang berangin, kata Menz. Rama-rama juga terbang rendah apabila angin menentang haluan mereka atau terbang udara untuk mendapatkan kelebihan angin sorong.

    Seorang penyelidik penghjirahan serangga dan burung di Universiti Guelph Kanada, Ryan Norris, berkata, walaupun bilangan rama-rama yang dikesan agak kecil namun mengetahui dengan lebih mendalam mengenai penghijrahan serangga adalah penemuan yang amat penting.

    “Pemburu sendiri terkejut sejauh mana pasukan pengkaji boleh menjejaki perjalanan serangga dan sememangnya amat menakjubkan apabila kajian mendedahkan rama-rama boleh kekal pada laluan yang lurus,” kata Norris. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...