Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Saintis kemukakan fakta perubahan iklim dunia

    BERLIN, 13 MAC – Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini meminta saintis mendedahkan fakta mengenai perubahan iklim global untuk mendorong kerajaan membuat dasar dalam usaha mengekang perubahan iklim sebelum undang-undang mengenai pemanasan global diluluskan.

    Permintaan itu dibuat ketika pakar dan pegawai dari seluruh dunia berkumpul untuk mesyuarat selama seminggu di bandar Alpine, Interlaken, Switzerland untuk memuktamadkan tujuh laporan terakhir oleh panel saintis terkemuka badan global itu setelah perjanjian iklim Paris dimeterai pada 2015.

    Dalam ucapan video kepada perwakilan, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata laporan terbaru daripada Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (IPCC) datang pada saat yang penting.

    Guterres memetik laporan IPCC baru-baru ini yang menunjukkan bahawa walaupun beberapa kesan pemanasan global sudah tidak dapat dielakkan, terdapat kemungkinan untuk mengehadkan pemanasan global kepada 1.5 darjah dengan pengurangan pelepasan karbon dalam semua sektor ekonomi global.”

    Ketua PBB itu berkata langkah terakhir dalam kitaran laporan keenam IPCC yang dikenali sebagai laporan sintesis, kerana ia menyatukan pandangan daripada enam kertas kerja sebelumnya, harus menyediakan kerajaan dengan panduan saintifik yang kukuh, terperinci untuk kerajaan membuat keputusan yang tepat untuk manusia dan planet, ketika mereka berkumpul dalam persidangan iklim dunia tahunan di Dubai pada akhir tahun ini.

    Guterres menegaskan bahawa mempercepatkan pengurangan penggunaan bahan api fosil secara berperingkat adalah sukar tetapi penting. – AP

    Gambar pada 8 Januari menunjukkan seorang wanita menjaga kambingnya berlatar belakangkan loji jana kuasa arang batu Suralaya di Cilegon, Indonesia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...