Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saintis kesan varian terbaharu, IHU

    PARIS, 5 JAN – Saintis di Perancis mengenal pasti varian baharu COVID-19 yang dikatakan mempunyai 46 mutasi, ketika dunia sedang bergelut memerangi varian, Omicron.

    Portal berita Independent melaporkan, varian baharu itu dinamakan IHU, iaitu B.1.640.2 setakat ini menjangkiti 12 orang di tenggara Perancis.

    Kes pertama dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai sejarah perjalanan ke Cameroon, Afrika Barat, kata penyelidik dalam kertas yang diterbitkan di medRxiv.

    Bagaimanapun, pakar segera mengumumkan hanya kerana varian baharu ditemukan, itu tidak bermakna IHU akan terbukti menular seperti strain lain, termasuk Omicron. Dalam analisis, penulis laporan itu menemui 46 mutasi yang tidak dikesan di negara lain, atau melabelkan varian yang sedang disiasat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    Penulis laporan mendakwa orang yang dikenal pasti dengan varian IHU sudah divaksin sepenuhnya. Individu terbabit diuji positif untuk COVID-19 selepas pulang daripada perjalanan tiga hari, di Cameroon. – Agensi

    Paramedik, jururawat dan doktor menggunakan troli memindahkan pesakit koronavirus dari sebuah pesawat perubatan di Bastia, pulau Mediterranean Corsica sebelum menerbangkannya ke bandar Brest, barat Perancis. Saintis di Paris mengesan varian baharu dikenal pasti sebagai IHU, dengan 46 mutasi dikesan. –AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda