Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saintis: korban COVID-19 boleh cecah 200,000

    WASHINGTON, 30 MAC – Presiden Donald Trump telah melanjutkan sekatan kecemasan koronavirus untuk Amerika Syarikat (AS), tatkala para saintisnya memberi amaran sehingga 200,000 orang mungkin maut, ketika ibu kota Rusia dan bandar terbesar Afrika bersedia untuk perintah berkurung hari ini.

    Penilaian semula oleh Trump, yang sebelum ini berkata beliau mahukan negara tersebut untuk kembali semula bekerja dalam pertengahan bulan April, muncul ketika Britain dan negara yang paling teruk dilanda, Itali, memberi amaran langkah untuk mencegah penularan wabak akan mengambil masa selama beberapa bulan.

    COVID-19 telah membunuh lebih 33,000 orang di seluruh dunia, dengan jumlah kes yang disahkan hampir mencecah 700,000.

    Sejak kelmarin, lebih 3.38 bilion orang telah diarahkan untuk menjalani perintah berkurung, menurut pangkalan data AFP, dengan virus telah menjangkiti keseluruhan sfera kehidupan – menjejaskan berjuta-juta pekerjaan, menunda pilihan raya dan menghentikan kalender sukan.

    Trump memberi amaran krisis AS, di mana telah kes jangkitan telah meningkat dua kali ganda hanya dalam tempoh dua hari, mungkin akan bertambah buruk.

    Presiden AS telah melanjutkan sekatan kecemasan koronavirus untuk negara tersebut, di mana pakar saintis memberi amaran 200,000 orang mungkin terkorban. – AP

    “Perkiraan menjangkakan bahawa kemuncak kadar kematian akan melanda dalam tempoh dua minggu,” dia berkata, mengumumkan garis panduan penjarakkan sosial tambahan sehingga 30 April.

    “Tiada yang lebih teruk dari mengumumkan kemenangan sebelum kemenangan itu dicapai.”

    Presiden membuat ucapan selepas Anthony Fauci, yang mengetuai penyelidikan mengenai penyakit berjangkit di Institusi Kesihatan Kebangsaan, berkata dia percaya 100,000 hingga 200,000 orang rakyat AS mungkin meninggalkan dunia akibat wabak tersebut, dan berjuta-juta mungkin dijangkiti.

    Sistem kesihatan AS semakin menerima tekanan dengan peningkatan kes-kes baharu. Kelmarin, sebuah pertubuhan kebajikan telah membangunkan hospital lapangan di Central Park, New York untuk membantu beberapa orang yang terkandas di institusi yang dibanjiri orang di bandar itu.

    “Terdapat banyak kes di New York dan ramai orang memerlukan bantuan,”kata Elliott Tenpenny, seorang doktor dan ketua pasukan untuk Pasukan Tindak Balas COVID-19 di Samaritan’s Purse.

    “Hospital di seluruh bandar sedang dipenuhi dan mereka memerlukan seberapa banyak bantuan yang boleh dapat. Sebab itu kami berada di sini.”

    Kesan dari perintah berkurung telah memperlihatkan sebahagian besar ekonomi besar AS terhenti di mana bank makanan telah dibangunkan, pihak penganjur mengatakan permintaan telah melambung tinggi.

    “Sebelum ini, terdapat 1.2 juta orang di New York yang memerlukan pertolongan dengan makanan. Kini, angka tersebut meningkat tiga kali ganda,” kata Eric Ripert dari City Harvest, organisasi penyelamat makanan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda